Berbudi buat nusa
Impian sejak dulu kala
Digenggam erat dengan penuh kepayahan
Harapkan tuaian menjadi berkat
Bibit kata pembakar semangat.
Keluhan kian kedengaran
Setiap waktu setiap saat
Tidak terlintas di fikiran
Identiti anak didik menjadi taruhan
Di tengah gelenggang yang penuh cabaran.
Mengapa dan bagaimana
Persoalan yang menghantui minda
Gangsterisme, vandalisme dan dadah
Semakin menular sehingga membawa padah
Sehingga warga pendidik terkelu tak terkata.
Sedarlah, celekkanlah minda
Maruah bangsa tidak patut diinjak, dihina
Dunia hanya persinggahan sementara
Kita, ya kita
Pencorak masa depan negara.
Nukilan,
Ryna_91
aktiviti mengarang sajak smasa kelas moral..hmm..nsb bek ada ilham..XD
ReplyDelete