Blogger Backgrounds

Thursday, 25 July 2013

Hati vs minda

Hati
Rapuhnya dikau disaat badai menimpa
Dipandang lemah di setiap masa
Ditentukan hala yang adakalanya
belum sempat ditafisr maknanya

Hati
Dikau dijaga dengan sempurna
sebelum mengenali fajar
Pabila fajar mulai menyinsing
Dikau ibarat pasang surut
yang sukar dikawal
Bahkan lebih dasyat dari bencana
Juga
Belum sempat lagi
Dikau diberi peluang
untuk menggeleng mahupun menggangguk

Minda
Mengapa perlu diwujudkan sengketa?
Keihlasan hati dari sanubari ditolak
dan dipijak begitu sahaja
Akhirnya pula
dibiar menyendiri selamanya

Coretan naluri,
Ryna_91 (2013)  

No comments:

Post a Comment