Blogger Backgrounds

Thursday 19 April 2012

Kecantikan/Beauty

"Helaian buku diselak dengan perlahan,
  Saat diri dalam kesepian,
  Degupan jantung berdetak dan minda keruan,
  Mengimbau kisah yang seakan tiada kesudahan,
  Ingin sekali diluahkan,
  Alkisah seorang insan."    

       (Ryna_91, 2012)

"Penilaian sesebuah kecantikan bergantung kepada sang pemandang." 1 pernyataan yang tidak asing yang dipetik daripada peribahasa dalam Bahasa Inggeris, iaitu "Beauty lies on the eyes of the beholder". Kecantikan seseorang dinilai melalui pelbagai sudut yang merangkumi persepsi, tahap kesedaran/pengetahuan seseorang mengenai perkara yang dinilai. Maka, adakalanya kita tidak harus menjadi terlalu taksub dalam menentang sesetengah pandangan orang lain mengenai makna kecantikan bagi diri mereka. Mungkin juga benar bahawa kritikan yang mebina membawa ke arah perubahan positif, namun tidak juga perlu melampaui batas sehingga merendahkan martabat pihak2/perkara2 tertentu yang dinilai. "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Perumpaan yang patut dijadikan pegangan bagi melahirkan sebuah perhubungan yang indah dalam mebina kecantikan dalaman (hati). Minda yang bersih turut menyerlahkan lagi kecantikan peribadi seseorang untuk menentang segala hasutan dan kehancuran pada diri. Minda mengawal segala tindak tanduk kita. Dengan demikian, pengukuhan dari segi iman penting bukan sahaja untuk mengekalkan kecantikan dalaman, meskipun luaran tidak dikurniakan dengan paras yang sempurna. Namun, bagi sang Pencipta, setiap kita adalah sempurna kerna kita dicipta oleh-Nya. 


No comments:

Post a Comment