Blogger Backgrounds

Thursday 25 August 2011

The 3rd Discovery..*wink


Shalom,
Idaman, Impian dan Realiti (2010)

Angan-angan mengapai impian
Harapan diberi menjadi dorongan
Bagi memenuhi segala idaman
Dibendung oleh setiap keazaman
Revolusi antara syurga dan fantasi
Juga dunia realiti
Ketentuan di tangan sendiri.

Berkat doa dan kesabaran
Kegigihan,kerajinan dan keikhlasan 
Mencetuskan sebuah kejayaan
Meskipun gagal pada awalnya
Namun,
Putus asa bukanlah jalan
Setiap lembah harus ditempuh
dan ia menyingkap beribu intipati.

Inspirasi
Rahsia ungkapan yang berkuasa
Pembakar semangat setiap insan
Ibarat irama dan lagu
Kerna langkah yang sehaluan
Sukar dipisahkan
Juga penyumbang motivasi yang efektif
Menjamin kualiti ke alaf baru.



 ~ Inspirasi nukilan hasil naluri,~
    Ryna_91

1 comment: